10 tanda badan anda terlebih kandungan gula

Gula adalah sangat penting dalam makanan seharian. Kita mungkin tidak perasan pengambilan gula sudah melebihi tahap yang sepatutnya dalam badan. Tapi bagaimana untuk kita ketahui adakah kadar gula dalam badan kita sudah melebihi.

1. Ketagihan makanan dan minuman manis secara berterusan. 

Lebih banyak pengambilan gula akan menambahkan lagi keinginan rasa manis dalam makanan dan minuman. Antara tabiat yang paling ketara adalah selepas menikmati makan tengahari dan malam anda akan gemar untuk mengambil pencuci mulut seperti kek, aiskrim, puding dan sebagainya

2. Sentiasa berasa malas

Mengambil gula terlalu banyak akan menyebabkan peningkatan berat badan. Seiring dengan peningkatan berat badan ia akan mendorong pertambahan saiz fizikal badan dan lebih meyebabkan anda terasa malas dan kurang aktif. Satu kajian yang dijalankan di Universiti Illinois Amerika Syarikat seekor tikus diberikan diet yang sama dengan diet biasa kebanyakan orang Amerika dan seekor lagi ditambah 18 peratus lebihan gula. Hasilnya tikus yang diberikan gula menjadi 20 peratus kurang aktif  didalam sangkar.

3. Tidak tenang dan sentiasa rasa marah (moody)

Kajian mengaitkan gula kepada mood seseorang atau gangguan perasaan yang boleh menyebabkan tekanan. Selain pertambahan gula dalam darah, gula juga boleh merosakan neurotransmitter Neurotransmiter dalam otak yang mengawal mood anda.

4. Kulit muka bermasalah 

Sesetengah orang sangat sensitif apabila kadar insulin meningkat secara mendadak disebabkan pengambilan gula secara berlebihan. Ini meningkatkan penghasilan hormon serta menghasilkan jerawat dan penyakit kulit seperti Rosacea

5. Kulit cepat berkedut

Pengambilan gula yang berlebihan akan mempercepatkan proses penuaan kulit. Kadar gula yang terlalu banyak juga akan bertindak-balas dan merosakan struktur  protein serta menjadikan kulit mudah lentur

6. Gigi berlubang

Gula adalah penyebab utama berlakunya kerosakan gigi berlubang ataupun “Cavities”. Apabila terdapat gula dicelah gigi ia akan menghasilkan asid dari bakteria yang ada pada gigi serta  akan menghakis permukaan keras gigi yang akan menyebabkan gigi lubang.  Gabungan gula dan asid terdapat banyak dari air tin, minuman sukan atau air soda. Kebiasaanya mereka yang gemar pada minuman ini lebih cenderung untuk mendapat masalah gigi.

7. Sentiasa rasa lapar 

Anda akan sentiasa rasa sentiasa lapar . Sekiranya gula tidak diambil bersama bahan yang mengandungi fiber atau protein ianya tidak akan mengenyangkan anda.


8. Hilang daya fokus

Kadar gula yang tinggi menghalang glukosa daripada memasuki sel otak dan menyukarkan otak untuk mendapatkan tenaga. Ini akan memberi kesan untuk berpikir dengan cepat serta lambat untuk membuat keputusan.

 

9 . Luka lambat sembuh

Ini berlaku kerana kerosakan vaskular akibat dari tahap gula yang tinggi dan membawa pergerakan darah yang semakin teruk terutamanya dalam anggota badan serta kekurangan nutrisi pada tisu.

10. Sering mengalami sakit sendi

Mengalami sakit dipergelangan tangan. Ada kajian mengaitkan mereka yang mengambil 5 hingga 6 minuman manis termasuk jus buahan dalam seminggu secara beterusan berpotensi untuk terkena penyakit sendi. Walaupun penyakit radang sendi lebih banyak menyerang kaum wanita, ianya tidak berkecuali untuk lelaki.

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *