10 tempat tinggalan dan menyeramkan di serata dunia.

Kebiasaannya para pelancong suka melawat ke tempat-tempat menarik di serata dunia, contohnya tempat-tempat bersejarah, keindahan alam, pantai-pantai yang cantik dan banyak lagi. Tetapi ada juga pelancong-pelancong yang suka melawat ke tempat-tempat tinggalan, unik serta menyeramkan di serata dunia. Pelbagai tujuan mereka datang ke tempat-tempat tersebut antaranya bagi tujuan penggambaran, mengambil gambar yang unik, menjejak entiti, dan ada sehingga bertujuan untuk pemujaan. Susah untuk dipercayai tetapi tempat-tempat ini sememangnya wujud dan masih lagi terpelihara. Berikut antara tempat-tempat tinggalan dan menyeramkan yang ada diserata dunia.


1) Pripyat. Ukraine

Bandar Pripyat pernah menjadi kawasan perumahan kepada hampir 50,000 orang tetapi kini ditinggalkan setelah bencana nuklear Chernobyl yang berlaku pada tahun 1986. Akibat radiasi, kota itu tidak akan disinggahi selama ribuan tahun sehingga disahkan selamat untuk untuk menetap.

 

2) Farmhouse, Seneca Lake, New York
 

Kawasan perladangan lama yang terbengkalai di bandar New York. Disini juga telah menjadi tanah perkuburan atau pembuangan kereta-kereta lama yang antik dan vintage.

3)  Willard Asylum, Willard, New York

Tempat ini dikatakan sangat menyeramkan kerana mempunyai rekod seramai 50000 orang pesakit yang pernah meninggal dunia disini.
4) Six Flags Jazzland, New Orleans, Louisiana
 
Six Flags Jazzland telah ditinggalkan kerana telah rosak teruk dibadai oleh Puting beliung Katrina. Terdapat rancangan untuk membangunkan tempat ini semula tetapi buat masa ini ia tetap menyeramkan.
 
5) Chateau Miranda, Celles, Belgium

Semasa dan selepas Perang Dunia II, Chateau Miranda digunakan sebagai rumah anak yatim namun ditinggalkan pada tahun 1980 dan masih dalam keadaan busuk, popular untuk pemburu hantu kerana tempat ini tinggalan masa lalu.

6) Hashima Island, Japan

 
Pada masa lalu Pulau Hashima merupakan tempat yang dikhaskan untuk mengendalikan arang batu, dengan lebih daripada 5000 pelombong pernah menetap di pulau kecil itu. Selepas petrol mula menggantikan arang batu sebagai sumber bahan api utama, pulau ini mula ditinggalkan.

7) Red Sands Sea Forts, Sealand, United Kingdom
 
Dibina semasa Perang Dunia Kedua untuk melindungi Sungai Thames, bangunan-bangunan ini kini kekal menjadi tinggalan.

8) Dadipark, Dadizel, Belgium
 

Taman permainan ini dibuka pada tahun 1950-an dan ditutup pada tahun 2002

9) Military Hospital, Beelitz, Germany

10) Eastern State Penitentiary, Philadelphia, Pennsylvania
 
Dioperasikan dari 1829 hingga 1971, Negera ini kini menjadi mercu tanda kebangsaan dan masih boleh dikunjungi oleh pelancong. Reka bentuknya adalah revolusioner dan diterima pakai oleh banyak penjara moden yang masih ada.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *