Jenis Jenis Buah Kurma

 

 

Tahukah anda terdapat lebih 3000 jenis kurma yang ditanam diserata dunia. Perbezaannya adalah dari segi saiz buah kurma, warna dan rasa. Kebiasaannya ditanam di negara asia barat dengan suhu yang agak panas. Terdapat lebih 400 jenis kurma di Iran, 400 Arab Saudi ,370 Iraq, 250 Tunisia, 250 Oman dan 244 di Magribi.

 

Berikut adalah beberapa kurma yang dijual di Malaysia

1. Kurma Ajwa



Kurma Ajwa merupakan kurma yang  berasal dari Arab Saudi dan yang ditanam di Madinah Tayyiba. Apa yang menarik bagi kurma Ajwa adalah merupakan kurma yang digemari Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam. Mempunyai bentuk yang hampir bulat dan sedikit kecil serta warnanya agak kehitaman selain isinya tebal lembut dan kering. Pokoknya boleh menghasilkan jumlah kurma yang banyak kerana ketinggiannya boleh mencapai 100 kaki. Selain itu kurma Ajwa ini terdapat banyak manfaat dari segi kesihatan seperti mengelakan Anemia, mengurangkan stress, mencantikan kulit dan mata



2. Kurma Barhi


Berasal dari Iraq kurma Barhi terdapat berbeza-beza tahap kemanisan bergantung pada tahap kematangannya. Lebih kecil dan lebih sfera daripada jenis yang lain. Apabila separuh masak kurma Barhi mempunyai warna kuning keemasan dan agak rapuh seperti epal dengan sedikit manis. Warna menjadi coklat apabila sudah masak dengan isi yang lembut dan kenyal

  1. Kurma Deglet Noor

Berasal dari Tunisia dan Algeria. Mempunyai isi yang sangat lembut dan manis seperti madu. Lazimnya disebut ratu segala kurma. Sangat popular di negara di Algeria, Libya, Tunisia, dan Amerika Syarikat di mana ia ditanam di oasis pedalaman dan merupakan tanaman utama eksport dari sana. Kebiasaannya kurma Deglet Noor ini akan di pek dengan bersama tangkai buah dan secara  berasingan.

  1. Kurma Halawy

Kurma Halawy mempunyai isi berwarna emas yang tebal dan lembut dan mempunyai rasa manis seperti karamel menjadikan ia salah satu kurma yang paling disukai. Malah Halawi bermaksud manis dalam Bahasa arab.Mempunyai persamaan warna dan bentuk seperi kurma Deglet Noor. Kurma yang berasal dari Iraq ini sedap dimakan begitu sahaja serta di celup di dalam yoghurt atau dicincang dalam salad buah.

  1. Kurma Khadrawy

Kurma Khadrawi berasal dari Iraq ini mempunyai saiz yang sederhana dengan warna coklat gelap dengan kulit yang kering berkeringat seperti kertas . Dengan isi yang sangat lembut dan kandungan lembapan yang tinggi serta kurang manis jika dibandingkan dengan jenis kurma yang lain. Selain itu kurma ini tidak begitu baik untuk dimakan segar ataupun belum masak.

  1. Kurma Medjool 

Kurma Medjool ini berasal dari Magribi pada awalnya. Menurut sumber dari laman web dateland.com pada tahun 1927, akibat dari ancaman penyakit yang menyerang pokok kurma ini Magribi telah menghantar 11 cabang ke Amerika Utara bagi mengelakan pokok ini menjadi pupus. Mempunyai saiz yang agak besar dari jenis kurma yang lain serta kemanisan dan isi yang agak berair kurma Medjool ini juga digunakan sebagai makan ringan dan sebagai bahan dalam makanan yang dipanggang.

  1. Kurma Thoory

Dianggap sebagai kurma roti. Kurma Thoory ini berasal dari Algeria. Adalah kurma yang kering dan agak keras jika dibandingkan dengan jenis kurma yang lain. Mempunyai isi luar yang keras dan sesuai untuk disimpan lama. Dengan mempunyai isi kenyal dan manis kurma jenis kering ini sangat sesuai untuk dijadikan snek dan dibawa ketika melakukan aktiviti luar seperti mendaki dan berjalan jauh.

8. Kurma Zahidi

Kurma Zahidi mempunyai saiz yang agak kecil serta berwarna emas kekuningan. Kurma yang berasal dari Iran ini mempunyai kulit coklat pucat dan isi dalaman tebal, Jika dibandingkan dengan kurma Medjool yang dianggap kurma yang mencapai standard dunia kurma Zahidi ini mempunyai kadar gula yang lebih rendah.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *