Kereta 7 tempat duduk di Malaysia

 

Membeli kereta baru memerlukan anda melakukan sedikit kajian dan penelitian agar dapat memenuhi matlamat dan kehendak masing-masing. Dengan faktor penambahan saiz bilangan ahli keluarga dan juga kepelbagaian keperluan kapasiti untuk membawa barang yang banyak, terdapat beberapa jenis kenderaan MPV dan SUV yang boleh anda pertimbangkan untuk membeli dan memakai. Selain daripada saiz dan keperluan kapasiti muatan keberkesanan dalam penjimatan tenaga bahan api juga perlu diambil kira.  Sekiranya anda sedang berkira-kira untuk membeli kereta yang mempunyai 7 tempat duduk, di Malaysia terdapat beberapa model yang boleh dibeli sama ada baru dan status “recond” dengan harga mampu milik.

1 – Perodua Aruz


Perodua Aruz adalah kenderaan SUV yang dihasilkan oleh Perodua. Ia juga merupakan kenderaan  keluaran Perodua yang ke 13 yang dilancarkan pada Januari 2019. Mempunyai kekuatan enjin 1.5 Liter. Seperti Perodua Alza, Aruz mempunyai kapasiti 7 kerusi dengan 3 baris tempat duduk beserta kerusi penumpang belakang yang boleh dilipat untuk dipelbagai guna. Aruz didatangai dengan 2 varian iaitu 1.5 X dan 1.5 Advance. Perbandingan ketara antara Perodua Alza adalah kenderaan SUV ini adalah lebih tinggi berbanding Alza yang berada dalam kategori MPV.  Untuk tidak ketinggalan dengan kenderaan pada masa kini Aruz dilengkapi ciri-ciri keselamatan dan aksesori terkini seperti Push Start Button,Kamera undur,ASA, PCW, PCB  6 beg Udara, ABS, EBD, BA dan sebagainya. Ianya adalah sangat menarik apabila kenderaan tempatan yang semakin menitikberatkan kualiti keselamatan. Selain itu dari segi penggunaan bahan api pula Perodua Aruz boleh mencapai 15.6km/Liter dan antara yang paling jimat dalam kelas jenis kenderaan ini.  Dari segi rekacipta Perodua Aruz adalah rekaan asal dari Toyota Rush

 

2 – Perodua Alza

Perodua Alza adalah kerata yang dikeluarkan oleh Syarikat Kereta Nasional kedua Malaysia iaitu Perodua. Dengan kapasiti 7 tempat duduk dan dibawah kategori B-Segement MPV ini, Mempunyai 3 baris tempat duduk dengan ruang dibahagian belakang pelbagai guna menjadikan Perodua Alza adalah pilihan yang popular.  Dikuasakan kekuatan enjin 1.5Liter Alza ini didatangkan dengan 3 varian iaitu AV, SE dan S dengan varian AV merupakan kategori aksesori penuh berbanding 2 varian yang lain. Apa yang lagi menarik bagi varian AV adalah “Roof-mounted monitor” yang sudah tersedia untuk paparan skrin bagi penumpang dibelakang.  Dilancarkan sejak tahun 2009 adalah rekaan asas dari Toyota Passo Sette di Jepun.

 

3 – Honda BR-V

BR-V adalah kenderaan kelas compact crossover SUV yang dikeluarkan oleh Honda. Memiliki 3 baris tempat duduk penumpang. Dilancarkan pada January 2017 Honda BR-V ini secara asasnya direka untuk memenuhi keperluan keluarga. Dengan enjin 1.5 Liter bersama 4 Silinder enjin petrol ini, ia mampu untuk membawa 7 penumpang untuk jarak yang jauh. Mendapat sambutan yang agak hebat diawal 6 bulan pertama selepas pelancaranya dengan hampir 12,000 ribu unit telah terjual. Kesemua varian Honda BR-V ini didatangkan dengan Electronic Power Stereng (EPS) , Hill Start Assist (HSA), Anti-Lock Braking System(ABS), Vehicle Stability Assist (VSA), Isofix, dan reverse camera dengan Parking Sensors


4 – Toyota Wish


Toyota Wish adalah kereta 7 tempat duduk yang berada dalam kategori Compact MPV atau pun Wagon yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jepun Toyota. Toyota  telah mula mengeluarkan model jenis Wish ini bermula pada tahun 2003 sehingga pengeluarannya dihentikan pada 2017. Kini di Malaysia kereta ini hanya dijual dengan status recond ataupun unregistered. dan Toyota Malaysia tidak menjual model ini di tempat pameran jualan mereka. Untuk mendapatkan atau membeli, ianya hanya terdapat di tempat jualan kereta import terpakai. Ia sangat popular kerana rekabentuknya moden dan kapasiti muatan penumbang yang agak luas. Mempunyai kekuatan enjin 1.8L dan 2.0L

 

5 – Proton Exora


Proton Exora adalah Compact MPV yang dikeluarkan oleh Pengeluar Kereta Nasional Pertama Malaysia iaitu Proton. Ia juga merupakan kereta kategori MPV pertama keluaran negara. MPV pertama Malaysia ini dilancarkan pada awal tahun 2009 dengan enjin 1.6L Campro dengan 7 kapisiti tempat duduk yang lebih luas berbanding MPV lain. Proton Exora didatangkan dengan beberapa ciri-ciri keselamatan seperti ABSEBDESC dan Air Bag.


6. Toyota Avanza

Toyota Avanza merupakan mini MPV yang direka dan dihasilkan oleh Daihatsu serta dipasarkan oleh Toyota. Model keluaran Toyota ini telah dberada di pasaran sejak 2003 lagi. Dikuasakan dengan 1.5Liter enjin ini Toyota Avanza ini mampu untuk membawa 7 penumpang pada satu masa. Manakala bagi Daihatsu pula mereka memasarkan keluaran model ini dengan nama Daihatsu Xenia.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *