Mengapa warna memainkan peranan penting dalam strategi pemasaran?

 

Ia menjadi perkara biasa untuk seseorang mempunyai warna kegemaran masing-masing. Tetapi tahukah anda? dengan mengetahui warna kegemaran seseorang, pakar psikologi atau pengkaji psikologi mungkin boleh membaca dan menilai pesonaliti diri anda. Setiap warna yang menjadi kegemaran seseorang individu itu membawa makna dan sedikit sebanyak menggambarkan corak dan cara kehidupan mereka.
Disamping itu, syarikat-syarikat besar dunia juga menggunakan teori Psikologi Warna ini didalam setiap pemasaran dan pengiklanan mereka. Ini sangat penting bagi pakar pengiklanan yang dilantik oleh syarikat-syarikat ini kerana ia bertujuan untuk menarik perhatian sasaran pelanggan untuk sesebuah produk.
1# Merah

Keseronokan, Muda, Berani

Warna yang melambangkan perasaan persaingan termasuk dalam percintaan, kebahagiaan dan semangat. Juga melambangkan keberanian, kekuatan, ketahanan serta bahaya. Membangkitkan idea yang kretif dan pemikiran kritis dalam melakukan activiti lasak, mencabar dan juga berupaya menaikkan kadar degupan jantung serta kadar pernafasan juga meningkatkan metabolism. 

Warna ini digunakan untuk meransang diri supaya membuat keputusan yang cepat.

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Digunakan secara meluas didalam industri permakanan. Contohnya, McDonald, KFC, Coca-Cola dan banyak lagi. Mereka berpendapat merah boleh menaikan selera makan.
 
2# Oren/Jingga
 
Mesra, Ceria, Keyakinan
 
Jingga adalah sangat diterima dikalangan golongan muda. Dikaitkan dengan daya tarikan, kreativiti, keazaman, memberi galakan dan memberi ransangan. Jingga adalah gabungan dua warna iaitu Kuning dan Merah. Oleh itu kesan emosi dan mental yang dihasilkan juga melibatkan dua warna tersebut. Warna Jingga berkebolehan meningkatkan oksigen ke otak dan meransang aktiviti mental.

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Berkesan dalam industri pemakanan serta industri penjualan produk, animasi atau permainan kanak-kanak. Ia juga mampu meransang selera makan.

3# Kuning
 
Optimis, Jelas, Kehangatan
 
Boleh di nilai sebagai warna yang ceria, gurauan, kepandaian dan positif tetapi warna ini tidak dianggap tidak stabil. Sementara warna ini pantas menarik perhatian. Warna ini menyukarkan mata manusia untuk menerima kerana keadaan sekeliling dipenuhi dengan warna kuning terutamanya warna kuning terang.  Mengikut kajian, bayi cenderong untuk menangis jika bilik dicat dengan warna kuning dan juga seseorang itu mudah hilang kesabaran. Tetapi lain pula untuk tujuan pemasaran.

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Warna kuning berupaya menarik perhatian penonton dan juga mengingatinya. Menyampaikan aura positif, semangat dan optimis. Banyak digunakan dalam industri pemakanan, permainan kanak-kanak dan animasi/fotografi.

4#  Hijau
 
Keamanan, Pertumbuhan, Sihat
 
Warna hijau sangat berkait rapat dengan keamanan dan alam sekitar. Ia melambangkan kesembuhan tenaga, relaks, kesegaran, harmoni, dan kesuburan. Hijau sangat membawa ciri-ciri iri hati, kemewahan dan kelazatan. Meransang keharmonian minda dan keseimbangan badan dan fikiran.

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Warna hijau banyak digunakan untuk mempromosikan dalam badan-badan atau organisasi keselamatan, ketenangan, alam sekitar. Warna yang mudah untuk diterima manusia kerana berkeupayaan memancarkan ketenangan.

5# Biru
 
Kepercayaan, Kesetiaan, Keutuhan
 
Warna yang menjadi pilihan utama untuk golongan lelaki. Warna biru melambangkan setia, kepercayaan, kebijaksanaan, kepandaian dan kebenaran. Berkeupayaan untuk memaksa selera makan dan meransang produktiviti. Langit dan air, kedua-duanya selalu dilihat didalam kehidupan kita. Biru boleh membuatkan ketenangan dan keamanan serta mempamerkan profesionalism.

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Digunakan untuk mempromosikan kebersihan, keseimbangan, Sosial dan produk Hi-tech.

6# Ungu/Violet
 
Kreativiti, Bijak, Daya pemikiran
 
Warna untuk melambangkan keistimewaan.  Ungu dikaitkan dengan kemewahan, Kepandaian, maruah, cita-cita, kreativiti dan magis. Kajian mendapati, 3/4 dari kanak-kanak memilih warna Ungu.
Warna ini juga melambangkan romantik dan sangat sukar dijumpai pada tumbuh-tumbuhan. Oleh itu ia dianggap istimewa dan kekayaan.

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Kebiasaannya digunakan bagi syarikat-syarikat permainan kanak-kanak. Untuk mempromosikan patung dan permainan kerana kanak-kanak sangat menggemari warna ungu.

7# Hitam
 
Misteri, Ketakutan, Kejahatan
 
Warna ini sangat melambangkan sudut kegelapan. Ia membawa maksud misteri tetapi sangat berwibawa. Serius, tegang, berahsia dan mempunyai beberapa perwatakan mungkin dikatakan ciri-ciri kepada penggemar warna hitam. Mereka sukar dinilai tetapi mereka mempunyai jati diri dan pendirian yang teguh. Di kaitkan dengan kemewahan, formaliti, kematian dan kejahatan.

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Selalu ada dalam upacara keagamaan. Jarang digunakan didalam mempromosikan produk kerana warna ini tidak terlalu menarik perhatian.
 
8#Putih
 
Kesucian, kepercayaan, Keseimbangan
 
Dikaitkan dengan keselamatan dan kebersihan. Warna putih juga melambangkan neutral dan ketenangan dalam menyampaikan sesuatu mesej. Ia juga melambang keamanan dan kedamaian. Ketika perang, apabila satu pihak mengangkat bendera putih atau apa-apa lambang putih, itu menunjukkan mereka meminta kearah pendamaian. Didalam Islam pula, warna putih melambangkan kesucian dan warna ini menunjukkan kebersihan.
 

Kegunaan dalam industri pemasaran:

Digunakan dalam Medical, badan beruniform, pakaian formal, urusan rasmi kerajaan dan urusan formal.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *