Satay Sedap di Rawang

Merupakan antara satay yang paling sedap dijumpai di kawasan Rawang terutamanya di Bandar Tasik Puteri. Pak Wan Satay ini terletak di shop lot Bandar Tasik Puteri bersebelahan dengan kedai Mr. DIY. Memang mudah untuk dicari apabila tiba di kawasan shop lot tasik puteri ini akan kelihatan banyak kerusi dan meja makan beserta asap daripada satay yang dibakar dihadapan kedai. Menu Utama semestinya adalah Satay ayam, daging , kambing dan perut. Terdapat juda bakso dan bihun sup. Memang sangat terbaik kalau ketika pesan untuk order sedikit garing. Tapi ikut tekak masing-masing mungkin ade orang yang tidak suka garing. Kuah kacang juga sedap. Nak lagi menarik order la sekali nasi impit.

Kebiasaan kalau pergi mesti akan ramai orang. Setakat ni memang sudah repeat 4 kali sejak datang kali pertama tahun lepas. Mengikut google review dari orang ramai untuk Pak Wan Satay Bandar Tasik Puteri ni mendapat 4 bintang. Dan rata-rata nya memberi komen dan maklum balas yang baik. Bagi siapa yang mempunyai tahap kolestrol yang agak tinggi diharap dapat kawal nafsu supaya jangan makan dengan banyak terutama Satay kambing. Padu gila beb. sedap!!!

Di buka setiap hari pukul 4 petang hingga 11.30 malam. Akhir sekali selamat mencuba dan rasanya memang sangat tidak rugi.

Gambar ni Diambil dari FB Satay Pak Wan
 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *