6 jenis fobia yang pelik terhadap makanan, yang pasti anda tak percaya kewujudannya

Fobia adalah perasaan takut yang lebih terhadap sesuatu perkara atau situasi. Fobia amat berkait rapat dengan kesihatan Mental atau Psikiatri untuk manusia. Fobia adalah sejenis ‘Anxiety Disorder’. Seseorang yang mempunyai ‘Anxiety Disorder’ ini kadang kala mengalami ‘Panic Attack’ apabila berhadapan dengan situasi tertentu. ‘Panic Attack’ itu membuatkan mereka berasa kurang selesa dan cuba untuk mengelakkan dari berhadapan lagi dengan situasi yang sama.

 

Pelbagai punca yang boleh dihuraikan, salah satunya adalah mungkin mereka yang menghidap Fobia mempunyai pengalaman pahit tentang sesuatu yang menjadikan dia Fobia terhadap perkara itu, memori itu mungkin tersimpan didalam “deep memory” ingatan mereka.

 

Untuk seseorang yang mempunyai Fobia, ia amat sukar untuk mereka gambarkan atau ceritakan. Sehingga mereka menjadi mangsa bahan buli rakan-rakan mereka sendiri, mereka di anggap sebagai seorang yang mengada-ngada kerana tidak boleh melakukan perkara yang mereka fobia, sedangkan rakan-rakannya boleh melakukan.

 

Terdapat banyak jenis Fobia yang wujud dalam dunia ini, tidak semua orang menghidap jenis Fobia yang sama. Tiada bilangan yang tepat untuk jenis Fobia yang wujud di dunia ini. Fobia terdapat dalam pelbagai bentuk dan jenis, kerana bilangan benda/situasi di persekitaran tidak terbatas.

 

Terdapat juga Fobia terhadap makanan, ia mungkin pelik tetapi ini memang wujud. Berikut adalah beberapa jenis Fobia yang pelik terhadap makanan.

 

1.CIBOPHOBIA (Fobia terhadap makanan)

Fobia yang paling menyusahkan atau merimaskan, ia mungkin berpunca daripada seseorang itu kerap mengalami keracunan makan atau menghadapi banyak alahan terhadap makanan sehingga membuat seseorang itu berasa fobia terhadap makanan.

 

2. MAGEIROSOPHOBIA (Fobia untuk memasak)

Ia memang amat pelik didengari. Tapi ini sememangnya wujud, sesetengah orang mempunyai Fobia dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya mereka yang mempunyai Fobia ini gemar makan diluar. Bagi menantu-menantu perempuan, jangan pula tiba-tiba ada Fobia ni ye apabila balik kerumah mertua.

 

3. ARACHIBUTYROPHOBIA (Fobia terhadap Peanut Butter)

Kebiasaannya mereka yang mempunyai Fobia ini, mereka terasa tidak selesa dengan Peanut Butter yang melekat pada lelangit mulut mereka. Mereka tidak suka sesuatu yang melekit didalam mulut mereka.

 

4. MYCOPHOBIA (Fobia terhadap cendawan)

Jenis Fobia ini, kebiasaannya seseorang itu Fobia terhadap tumbuhan kulat. Oleh itu, mereka jugak Fobia terhadap cendawan kerana  cendawan termasuk dalam kumpulan kulat.

 

5. ALLIUMPHOBIA (Fobia terhadap bawang putih)

Ada sejenis orang yang sangat Fobia dengan bawang putih, kemungkinan disebabkan bau bawang putih yang amat kurang menyenangkan yang boleh menyebabkan mulut mereka berbau.

 

6.CARNOPHOBIA (Fobia terhadap Daging  lembu)

Golongan fobia ini bukan sahaja kepada mereka yang vegeterian iaitu tidak makan semua jenis daging, tetapi ada juga yang sememangnya fobia terhadap daging lembu sahaja. Untuk Fobia ini, kadang-kadang mereka ini merasakan tidak sanggup makan hasil dari hidupan yang hidup seperti haiwan. Mereka menyamakan haiwan itu seperti manusia, mereka cuba membayangkan jika manusia dilapah kulitnya untuk dimakan, sama seperti haiwan. Oleh sebab itu mereka tidak sanggup untuk memakan haiwan.

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *