Windows XP dan fakta kegemilangan

Windows XP adalah operating system yang dibangunkan oleh Microsoft dan dikeluarkan kepada umum pada bulan Ogos 2001. Beberapa fakta menarik yang ada pada Windows XP ini antaranya produk yang diberi nama XP adalah bermaksud “eXPerience”

Berdasarkan kajian dan statistik dari firma penjejak laman web dan aplikasi pada Januari 2013 Windows XP adalah kedua popular dikalangan pengguna dekstop komputer dengan 29% pemilikan. Dengan anggaran lebih 400 juta salinan telah berjaya dijual untuk 5 tahun pertama selepas dilancarkan pda 2001 itu.

Windows XP telah dirangka daripada 2 project Microsoft pada sebelumnya iaitu Odyssey untuk pengguna syarikat dan Neptune bagi pengguna biasa yang pada akhirnya digabungkan keduanya menjadi Windows XP. Nama Kod bagi perisian ini adalah Whistler bersempena tempat peranginan ski di British Columbia menjadi lokasi percutian untuk pekerja Microsoft pada ketika itu. Antara fakta lain yang berkaitan Windows XP ini adalah ketika pihak Microsoft sedang merangka slogan kempen promosi pada awalnya dengan ” Prepare to Fly ” yang kemudiannya ditukar ” Yes You Can ” bagi menjaga sensitiviti dari tragedi 11 September 2001 berlaku seminggu sebelum pelancarannya.

Dengan hanya keperluan hardware komputer secara minima 64MB RAM dan 1GB Hardisk space berbanding Windows 10 pada 2015 memerlukan sekurang-kurangnya 1GB RAM dan 16GB Hardisk Space bagi menjalankan operating system ini . Oleh kerana populariti yang berterusan dan kegagalan versi penggantinya Windows Vista, Microsoft terus menyokong Windows XP selama enam tahun setelah pengeluar komputer hardware berhenti membuat pemasangan OS terus pada komputer baru ketika itu yang kemudian Microsoft pada April 2014 menghentikan sokongan keselematan rasmi ( security support) . Sepanjang hayat operasi Windows XP ini sebanyak 700 “Hotfixes” telah dikesan dan lebih 50% yang sangat kritikal. Ini bermakna sekiranya masih ada yang menggunakan aplikasi sistem ini terdedah pada ancaman pencerobohan data dan serangan pada komputer.

 

Berikut adalah antara gambar  yang membuatkan kita akan kembali merindui Windows XP ini

# Paparan Icon Asas

Icon asas yang terpapar pada skrin desktop seperti My Computer digunakan untuk mengakses segala file didalam hard disk yang telah dipasang pada komputer serta data yang terkandung didalam storage komputer. My Network Place telah menggantikan Network Neighborhood tool pada Windows 98 untuk perkongsian sumber dan data dalam Network dan akhir sekali Recycle Bin pula adalah tool yang biasanya mengandungi fail yang sudah dipadam dari storage.

 

# Graphical User interface (GUI)

GUI atau Graphical User Interface  yang direkabentuk  sangat mesra pengguna serta memudahkan. Pada bahagian Control Panel pembahagian mengikut kategori menjadi kita senang untuk memahami keperluan setting yang bersesuaian dan fungsi pada home start button juga mudah difahami.

 

#Logo Skrin Loading

## Paparan screen untuk loading Windows XP juga mengingatkan kembali kenangan penggunaan OS ini

# Permainan Game

## Tidak ada game asas dalam Windows XP yang sangat popular selain dari Solitare ini.

 

# Aplikasi asas grafik editor

## Bagi tool Microsoft Paint pula ia adalah basic grafik aplikasi editor yang digunakan untuk mengubahsuai segala gambar dan grafik. Tool ini juga masih disediakan dalam versi Windows pada masa kini. Microsoft Paint ini dilancarkan pada versi Windows 1.0 pada tahun 1985. Apa yang membuatkan ianya menggamit kenangan adalah aplikasi ini adalah sangat ringkas dan mudah kepada mereka yang tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam penggunaan grafik editor yang lain untuk mereka bentuk grafik yang ringkas.

# Setting Folder Option

## Antara perkara paling popular pada ketika itu adalah folder option. Ianya sering digunakan pada sesiapa yang ingin menyimpan file dan dokumen secara rahsia. Kebiasaanya fungsi hidden file ini adalah untuk mengelakan file system OS dan juga aplikasi file dipadam kan secara tidak sengaja oleh user dan oleh sebab itu segala jenis file ini dijadikan dalam mode hidden.

#Setting Skrin Resolusi

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *