10 Perkara yang merugikan hari anda

1 – Tidak merancang menu untuk makanan

Sudah menjadi kebiasaan orang sering gagal untuk membuat keputusan dalam memilih menu hidangan ketika tiba waktu untuk makan. Mereka yang mempunyai masalah ini adalah golongan yang cuba untuk mengamalkan diet bagi menguruskan badan disaat cuba melawan diri dari mengambil makanan yang lebih kepada kepuasan berbanding jenis makanan untuk kurus sehingga menyebabkan terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.

2 – Tabiat menonton TV

Akibat sering berasa bosan dengan menjadikan menonton TV sebagai tabiat tanpa memikirkan masa yang berlalu begitu saja. Tabiat ini menyebabkan kita sering mengambil tindakan mudah diatas kebiasaan dari melatih diri dengan menonton TV. Tidak salah untuk menonton TV sekiranya mempunyai masa lapang tetapi jika anda ada banyak perkara penting yang perlu dilakukan ianya sangat merugikan masa jika sentiasa menonton TV

3 – Sentiasa mengadap media Sosial

Pada zaman teknologi masa kini ramai mempunyai telefon pintar dan akaun media sosial. Sudah menjadi kebiasaan untuk melayan media sosial kerana sangat mudah untuk mengakses dengan telefon pintar. Menurut data kajian dari laman web global statistik setiap penduduk dunia yang mempunyai akaun media sosial menghabiskan masa secara purata selama 2 hingga 3 jam sehari. Walaupun media sosial masih banyak perkara kebaikan yang boleh kita perolehi seperti berita semasa dan informasi berguna namun kawalan masa menggunakanya perlu dijaga agar tidak membazirkan masa begitu sahaja.

4 – Tidak melakukan “Visual To Do List”

Merancang dan menyenaraikan segala yang perlu dilakukan adalah kunci utama dalam pengurusan. Jangan terlalu bergantung pada memori ingatan saja kerana mungkin kita boleh lupa. Terdapat banyak Aplikasi atau “APPS” dalam telefon pintar yang boleh digunakan untuk menyenaraikan segala tugasan penting. Mungkin dengan menetapkan “reminder” serta “deadline” menjadikan kira akan sentiasa peka.

5 – Melengahkan tindakan

Walaupun tugasan dan perkara sudah disenaraikan tapi janganlah suka untuk menunda segala kerja. Buang sikap yang selalu memikirkan masa masih panjang.  Sentiasa Cuba untuk menyelesaikan tugas secepat mungkin kerana kita tidak pasti mungkin akan ada lagi tugasan dan perkara baru yang akan bertambah dikemudian hari. 

6 – Tiada senarai untuk beli barang

Keluar ke kedai dengan hanya membeli satu atau dua barang sahaja. Tapi melakukan perkara yang sama sehingga dua tiga kali sehari ianya amat merugikan. Sebagai contoh apa salahnya anda meletakkan satu kertas dan dilekatkan pada peti sejuk sekiranya ada barang dapur yang kurang terus tulis dan senaraikan jika anda ingat pada ketika itu. Secara tidak langsung mungkin dapat mengumpulkan lebih banyak senarai yang dapat dibeli ketika keluar membeli barang. 

7 – Melambakan tugasan

Dalam setiap tugasan dan perkara yang kita perlu lakukan kemudianya disenaraikan dalam kalender harian hendaklah memastikan kita mampu untuk selesaikannya. Jangan terlalu bersikap optimistik yang secara realitinya kita tidak mampu untuk menyelesaikanya. Ada baiknya perkara dan tugasan tersebut kita pindahkan pada masa lain yang lebih sesuai.

8 – Terlalu banyak kerja bertindih (Multi-tasking work)

Jika terlalu banyak kerja janganlah sangat yakin bahawa kita boleh menyelesaikannya. Perlu fokus dalam satu satu tugasan dan kerja. Selesaikan tugas demi tugas dengan teliti. Melakukan banyak perkara dalam satu masa ini boleh menyebabkan kesemua tugasan gagal disiapkan dan akhirnya masa dibazirkan begitu saja tanpa ada hasil dihujungnya

9 – Tidak memikirkan keutamaan (Work Priority)

Kalau boleh memang semua perkara kita cuba untuk selesaikan dalam satu-satu masa. Namun menilai keutamaan adalah sangat penting bagi memilih yang mana satu tugasan yang perlu dilakukan berdasarkan senarai yang dirancang. Gagal dalam membuat penilaian menyebabkan kita sudah mengambil tindakan yang salah serta merugikan masa melakukan kerja yang tidak sepatutnya. 

10 – Melepak kosong 

Mungkin pada usia muda kita mempunyai banyak masa terluang bersama kawan-kawan. Melepak juga dapat meningkatkan hubungan baik antara kita dan kenalan. Namun kita perlu ingat melepak atau memberikan masa bersama kawan jika ada manfaat dan kebaikan kepada diri atau keduanya. Tidak salah untuk sesekali berbual minum bersama atau untuk bertanya cerita semasa namun jika amalan ini kerap dilakukan tanpa tujuan memang sangat merugikan masa kerana mungkin dalam aktiviti seharian kita ada benda yang lebih penting untuk diselesaikan dengan segera.  

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *