Sejarah dan Fakta menarik Google

Sejarah GOOGLE

Sergey Brin dan Larry Page – Gambar kredit  Wired.com

 

Google adalah Syarikat “Search Engine” yang berpusat dan berasal dari Amerika Syarikat telah diasaskan oleh Sergey Brin dan Larry Page yang secara rasminya dilancarkan pada tahun 1998. Kedua-dua pengasas ini telah bertemu di Stanford Universiti ketika lawatan kampus. Brin adalah pelajar tahun 2 ketika Page memulakan pengajianya di universiti. Projek Google ini bermula sebagai projek PHD mereka dan pada ketika itu Page telah mengumpulkan segala pautan di laman web pada tahun 1995. Sangat menakjubkan lebih 70 peratus carian “Online” telah dikawal oleh Google menjadikannya sebagai pusat carian maklumat untuk pengguna internet

Gambar kredit Vic Stefanu

.Dengan Operasi ibu pejabat yang terletak di Moutain View California. Google pada mulanya menawarkan servis enjin carian laman web namun kini mereka sudah mempunyai lebih 50 produk internet bermula dengan servis Email dan karangan dokumen online kepada perisian (Software) untuk telefon pintar dan komputer tablet.

Tahukah anda pada permulaan servis carian enjin laman web,  Google telah berjaya memproses 30 sehingga 50 laman web dalam masa sesat dengan menggunaakan 10 “Hard Disk” bersaiz 4GB didalam “Lego Casing Computer”. Namun kini Index Google mempunyai saiz data sebanyak 100 juta GB.

 

Gambar Storage Server Google ketika di Stanford University

Server pertama Google ketika mula beroperasi secara rasmi – Gambar oleh Steve Jurvetson

Fakta Tentang GOOGLE

## Dikenali sebagai BackRub

Pada permulaannya nama Google adalah BackRub yang merujuk pada ” underlying algorithm of checking backlinks” iaitu satu algorithm untuk mengesan pautan balik ketika pengasasnya dalam proses pembinaan “search engine” pada tahun 1997. Dan pada akhirnya mereka menukar pada nama Google

## Google asalnya dari Googol

Google memperoleh namanya dari kata “googol” – istilah matematik yang mewakili satu diikuti dengan 100 nol. Ini menandakan kemampuan mesin pencari untuk menawarkan akses ke maklumat yang sangat besar melalui Internet.

##Pelabur pertama

Pengasas bersama Sun Microsystems, Andy Bechtolsheim, adalah pelabur pertama Google, yang pada mulanya melabur $ 100k di Google pada bulan Ogos 1998

##Tawar menawar bersama Yahoo

Yahoo! pada ketika itu adalah raja internet dunia menolak tawaran Google untuk memasukkan wang tunai untuk melabur, dan kemudian pada tahun 2002, Yahoo! mahu membelinya dengan harga $ 3 bilion, tetapi kali ini, Google menolaknya.

## Berbilion proses carian laman web

Google menerima dan memproses lebih dari 3,5+ bilion permintaan carian setiap hari, yang bersamaan dengan 1.2 trilion carian setiap tahun.

## Office pertama

Brin dan Page mendirikan pejabat pertama mereka di sebuah garaj rakan mereka di Menlo Park, California. Pemilik garaj itu kemudian menjadi CEO YouTube di bawah kepemilikan Google dan Brin mengahwini adik perempuannya.

## Android untuk telefon pintar

Google membeli Android pada tahun 2005 dengan harga $ 50 juta dan peranti Android pertama dilancarkan pada tahun 2008. Sebanyak 88% daripada semua telefon pintar yang dijual kepada pengguna akhir pada tahun 2018 adalah telefon dengan sistem operasi Android, menurut data di Statista.

## Alphabet sebagai Syarikat Induk

Alphabet menjadi syarikat induk Google pada tahun 2015 dan melaporkan mempunyai 89,058 pekerja

## Google Fiber

Mempunyai  perkhidmatan jalur lebar sendiri di kawasan terpilih. Pada pertengahan 2016, Google Fiber mempunyai 68.715 pelanggan televisyen dan dianggarkan mempunyai sekitar 453,000 pelanggan jalur lebar.

GOOGLE Di Malaysia

Di Malaysia Google sudah mempunyai pejabat sejak dari tahun 2011 dan yang kedua di Asia Tengara selepas Singapura. Mereka telah melabur dengan meningkatkan prestasi capaian internet kepada rangkaian mereka ke hampir semua pembekal internet di Malaysia sejak menjadi ahli “MYiX” (Malaysia Internet Exchange) iaitu Persatuan pembekal internet di Malaysia agar pengguna dapat kepuasan capaian yang lebih pantas. Ini adalah kerana pertukaran data dan trafik akan berlaku di dalam negara berbanding diluar negara seperti sebelum ini.

 

You may also like...

1 Response

  1. November 26, 2020

    […] Page telah bersama-sama Sergey Brin mengasaskan Google search Engine  yang kini merupakan enjin carian laman web gergasi yang digunakan hampir setiap pengguna internet […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *