Hidangan Raya wajib bagi Orang Utara

Seperti yang kita tahu, Negeri-negeri di utara Malaysia mendapat gelaran Syurga Makanan bagi pengunjung yang gemar mencari makanan food hunterTerutamanya Pulau Pinang dan Kedah, dua negeri ini mempunyai keunikan dan kesedapan makanan tersendiri.

Tahukah anda, apabila musim perayaan tiba terutamanya Hari Raya Aidilfitri. Mereka mempunyai hidangan istimewa yang wajib mereka hidangkan. Boleh dikatakan hampir setiap rumah pasti akan menyediakan hidangan ini.

Antara beberapa hidangan yang wajib dihidangkan tuan rumah di negeri utara kepada tetamu untuk raya Aidilfitri;

 

1 . Ketupat Palas

 

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang dibungkus menggunakan daun pokok palas. Mempunyai bentuk tiga segi dan beras yang digunakan untuk ketupat ini ialah beras pulut.

Merupakan hidangan yang paling wajib bagi setiap rumah di utara, terutama Negeri Kedah. Umpama, Raya tak dak makna kalau takdak ketupat palas..!! Ketupat palas merupakan hidangan Feveret dan menjadi kegilaan apabila raya Aidilfitri.

Ketupat Palas mempunyai beberapa jenis, berikut adalah beberapa jenis ketupat balas famousAda beberapa jenis lagi, tapi yang ini adalah yang paling popular.

 

  • Ketupat Palas Biasa

Ketupat ini paling popular kerana tidak mempunyai bahan tambahan selain dihasilkan hanya menggunakan beras pulut sahaja. Bahan-bahan lain yang digunakan adalah Daun Palas, Beras Pulut serta santan.

  • Ketupat Palas Kacang

Ketupat Palas Kacang sama seperti Ketupat Palas Biasa, apa yang membezakannya hanya  mempunyai bahan tambahan iaitu Kacang Mata Hitam/Kacang Merah.

 

  • Ketupat Palas Pulut Merah

Perbezaan ketupat ini pula adalah warnanya yang agak unik. Warna ketupat ini seperti merah kehitaman. Tetapi rasanya masih tidak lari jauh dari rasa yang asal. Ketupat ini menggunakan Beras Pulut Hitam dan di campurkan dengan Beras Pulut Biasa untuk menghasilkan gabungan warna yang cantik.

 

  • Ketupat Palas Jagung

Ketupat Palas Jagung pula sama seperti ketupat Palas Kacang, yang membezakannya adalah bahan tambahannya menggunakan Jagung.

 

2. Laksa Kedah

Laksa juga adalah hidangan faveret orang utara. Boleh dikatakan, setiap kali Open House atau rumah terbuka, mesti ada laksa ni. Kalau siapa yang pandai makan, boleh makan dengan petis. Sedap beb! Laksa juga ada beberapa jenis seperti Laksa Kuala Perlis, Laksa kedah dan Laksa Penang. Ia kelihatan sama tetapi berbeza mengikut resepi dan rasa tersendiri.

 

3. Bihun Sup Utara

Bihun sup utara pula mempunyai tarikan dan perbezaan tersendiri. Ia berbeza dengan bihun sup dari negeri lain seperti Bihun Soto dari negeri Selatan. Perbezaan yang ketara adalah warna Bihun yang digunakan. Bihun itu dicelur dengan serbuk kunyit dahulu untuk menjadikan warnanya kuning.  Ia kelihatan pelik sedikit tetapi cantik dan menyelerakan apabila dihidangkan. Tambahan pula, ianya wajib dihidangkan bersama sambal merah istimewa yang rasanya pedas kemasaman serta boleh dimakan dengan sambal kicap.

 

4. Lemang

Lemang adalah makanan tradisi wajib bagi seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja khusus bagi negeri utara. Hidangan ini juga pasti ada di setiap rumah orang utara apabila Aidilfitri. Ia enak apabila dimakan dengan rendang atau serunding.

 

5. Rendang

Tanpa redang mana mungkin ketupat dan lemang untuk dimakan begitu saja. Rendang Ayam dan Rendang Daging adalah yang paling popular dan ianya pelengkap untuk dimakan bersama ketupat dan lemang.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *