10 Jutawan Teknologi Terkaya Dunia

Kredit gambar dan sumber data Statista

Ketika dunia dilanda pendemik yang hebat pada tahun 2020  telah menyebabkan kejatuhan teruk ekonomi dunia serta ketidakstabilan pasaran saham. Banyak syarikat dari sesetengah sektor dan industri terpaksa memberhentikan serta mengurangka pekerja mereka. Antara sektor yang sangat teruk terkesan adalah penerbangan dan juga pelancongan. Negara yang sudah menjadi sumber pendapatan mereka dari sektor terjejas ini sangat terkesan.

Disebabkan penularan virus Covid-19 ini banyak negara telah melaksanakan perintah berkurung dan menghadkan rakyat mereka dari bebas keluar ke tempat awan bagi tujuan kawalan penyebaran virus. Disebabkan had ini telah meningkat penggunaan sistem teknologi berbanding cara yang normal antaranya beli belah dan mesyuarat diatas talian.

Berikut adalah senarai jutawan daripada syarikat teknologi yang berasaskan sistem komputer dan teknologi maklumat. Nilai kekayaan yang dinyatakan adalah sehingga September 2020. Nilai kekayaan mungkin akan berubah dari masa ke semasa.

 

#1 Jeff Bezos

Nilai Kekayaan 2020 – RM470 Bil

Negara – Amerika Syarikat

Merupakan pengasas laman E-Commerce Amazon. Pada asalnya Amazon adalah platform Online untuk jualan buku namun kini ianya tidak terhad pada itu malah merangkumi Cloud Computing, E-Commerce, Artificial intelligence, pembekal Dgital media dan sebagainya.

#2 Bill Gates

Nilai Kekayaan 2020 – RM402 Bil 

Negara – Amerika Syarikat

Bill Gates merupakan seorang usahawan yang terlibat dalam pembuatan ‘software’ komputer. DIa juga adalah pengasas bersama Microsoft yang merupakan pengeluar produk perisian komputer seperti Microsoft Windows dan Microsoft Office. Fakta menarik tentang beliau adalah Bill Gates mula menulis program perisian sejak berusia 13 tahun lagi.

 

#3 Larry Ellison

Nilai Kekayaan 2020 – RM242 Bil

Negara – Amerika Syarikat

Larry Ellison adalah seorang usahawan, pelabur dan juga pengasas bersama kepada syarikat multinational teknologi komputer iaitu Oracle. Produk utama Oracle sangat terkenal dalam perisian pengkalan data (Database) untuk sistem komputer. Dengan kekayaan yang dimiliki Larry Ellison telah membeli sebuah pulau di Kepulauan Hawaii iaitu Pulau Lanai bernilai 300 juta USD menjadikan beliau memiliki 98 peratus kawasan tersebut dan 2 peratus selebihnya adalah penduduk setempat.

#4 Mark Zuckerberg

Nilai Kekayaan 2020 – RM223 Bil

Negara – Amerika Syarikat

SIapa yang tidak mengenali Mark Zuckerberg yang sememangnya diketahui ramai beliau adalah pengasas laman media sosial Facebook. Projek Facebook bermula ketika beliau di Universiti Harvard pada tahun 2004. Pada tahun 2007 beliau diiktiraf sebagai jutawan yang termuda pada ketika itu. Mula menulis program sistem komputer pada umur 12 tahun dengan membantu bapanya membangunkan sistem mesej untuk klinik gigi mereta tanpa memerlukan pekerja perlu banyak bergerak untuk mendapatkan segala pertukaran maklumat antara staf.

 

#5 Steve Ballmer

Nilai Kekayaan 2020 – RM215 Bil

Negara – Amerika Syarikat

Steve Ballmer merupakan usahawan dan pelabur dari Amerika Syarikat yang juga bekas CEO Microsoft. Dilantik oleh Bill Gates pada tahun 1980 dan menggantikan pengasas Microsoft itu pada tahun 2000. Beliau tidak lagi memegang jawatan tersebut setelah bersara pada tahun 2014. Steve Ballmer kini adalah pemilik pasukan Bola Keranjang Los Angeles Clippers

 

#6 Larry Page

Nilai Kekayaan 2020 – RM208 Bil

Negara – Amerika Syarikat

Larry Page telah bersama-sama Sergey Brin mengasaskan Google search Engine  yang kini merupakan enjin carian laman web gergasi yang digunakan hampir setiap pengguna internet di dunia ini. Beliau menjadi CEO kepada Syarikat Google pada tahun 1997 sehingga 2001 dan kemudianya telah berpindah menjadi CEO Alphabet Inc yang merupakan syarikat induk kepada Google sehingga 2019 dan kini kekal sebagai lembaga pengarah di Alphabet.

#6 Sergey Brin

Nilai Kekayaan 2020 – RM200 Bil

Negara – Amerika Syarikat

Sergey Brin juga merupakan pengasas bersama Google. Beliau yang pada mula dilahirkan di Russia dan membesar di Amerika Syarikat  setelah keluarganya berpindah dari Moscow pada tahun 1979. Melanjutkan pelajaran di Stanford Universiti tempat dimana Larry dan Brin bertemu dan menjalankan projek Google . Beliau menjadi presiden kepada Google pada tahun 2001  dan kemudiannya presiden Alphabet Inc dari 2015 sehingga 2019

#7 Jack Ma

Nilai Kekayaan 2020 – RM158 Bil

Negara – China

Jack Ma adalah seorang bekas guru bahasa Inggeris yang kini bergelar pelabur dan usahawan. Beliau juga merupakan pengasas bersama Alibaba group iaitu salah satu platform online E-Commerce yang terbesar. Bukan sekadar itu sahaja malah Alibaba group mempunyai pelbagai perniagaan seperti “Cloud Computing”, hiburan, Internet Servis dan sebagainya. Selain dari memiliki Alibaba E-Commerce  dia telah mengembangkan lagi perniagaan pada tahun 2016 dengan memiliki Lazada iaitu platform membeli belah atas talian yang terkenal dirantau Asia tenggara ini.

 

#8 Ma Huateng

Steve Ballmer discusses USA Facts (GeekWire Photo / Kevin Lisota)

Nilai Kekayaan 2020 – RM155 Bil

Negara – China

Ma Huateng telah mengasaskan syarikat Tencent pada tahun 1988. Tencent merupakan Syarikat Multinational teknologi dari China. Antara produk terkenal adalah sosial media Wechat yang kini pada tahun 2020 sudah mencapai 1 Billion pengguna. Selain itu Tencent juga merupakan penerbit permainan video seperti PUBG Mobile.

#10 MacKenzie Scott

 

Nilai Kekayaan 2020 – RM147 Bil

Negara – Amerika Syarikat

MacKenzie Scott adalah novelis Amerika Syarikat dan juga bekas isteri kepada Jeff Bezos. Nilai tinggi kekayanya adalah dari penyelesaian penceraian Mackenzie dan Jeff Bezos. Bekas suaminya itu  telah memindahkan nilai saham didalam Amazon sebanyak 25% yang merangkumi 4% dari jumlah keseluruhan syarikat kepadanya. Kini Mackenzie berkhidmat sebagai pengarah eksekutif sebuah organisasi anti buli  Bystander Revolution

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *