Tips dan Panduan Untuk Membeli Laptop

Laptop merupakan komputer mudah alih yang sangat diperlukan pada masa kini. Bermula daripada golongan pelajar terutama peringkat Universiti sehinggalah kepada alam pekerjaan kegunaan laptop dikatakan lebih mudah berbanding Desktop Komputer kerana laptop lebih mobiliti dan mudah dibawa kemana-mana berbanding dengan komputer deskstop yang hanya dapat dipasang dan digunakan pada tempat yang tetap disatu satu masa contohnya di makmal komputer dan pejabat.

##Tujuan Kegunaan

Anda perlu mengetahui apakah tujuan dan kegunaan laptop yang hendak dibeli nanti. Adakah anda hanya merancang untuk menggunakan untuk menaip segala kerja-kerja dan tugasan dokumen dengan aplikasi “Word” dan “Excel” ? ataupun menjalankan aplikasi yang memerlukan pemprosesan sistem yang lebih tinggi seperti merekabentuk grafik,video animasi dan melakar serta meneliti pelan pembinaan bangunan tidak lupa juga seorang yang membangunkan aplikasi komputer sistem ?? Untuk pengetahuan anda secara asasnya pengguna komputer dikategorikan kepada 3 kelas berdasarkan cara penggunaannya iaitu  BEGINNER (asas), INTERMEDIATE (pertengahan)  dan Advanced ( Mahir/Lasak)

##Harga 

Apabila kita merancang ingin membeli sesuatu kita perlu mengetahui bajet atau peruntukan kewangan. Bajet amat penting untuk ditentukan pada awal perancangan kita. Dengan ketentuan bajet serta peruntukan kewangan kita dapat menetapkan lingkungan spesifikasi laptop yang sesuai dengan bajet kita.

Sebagai contoh dengan peruntukan bajet dibawah RM2000 pada ketika ini anda hanya boleh mendapatkan laptop dengan processor Intel i3 dengan memori  4GB RAM secara asasnya serta bergantung pada tawaran lain daripada penjual. Dengan mengetahui julat dan lingkungan harga beserta bajet amat mudah untuk memastikan segala spesifikasi dapat dipadankan berdasarkan peruntukan kewangan yang dirancang. Sekiranya anda seorang pemain aplikasi permainan video dan juga pereka video grafik mungkin tetapan bajet agak tinggi berbanding dari pengguna asas

##Sistem Pengoperasian ( Operating System )

Sebelum membuat penilaian kepada spesifikasi hardware anda perlu tahu apakah sistem operasi komputer yang sesuai untuk anda. Sistem Operasi ini adalah penghubung kepada Hardware komputer dan sistem aplikasi kepada pengguna. Misalnya yang paling popular adalah Microsoft Windows. Ianya didatangkan bersama lesen yang perlu dibayar sekiranya kita ingin menggunakannya. Namun masih terdapat sistem operasi komputer yang percuma untuk digunakan seperti Linux dan Chrome OS. Manakala MacOS pula kurang mesra kepada pengguna komputer yang amatur. Ini kerana kebiasaan komputer yang ini didatangkan khas bersama hardware yang berprestasi tinggi dan untuk kegunaan yang lasak seperti pereka grafik dan video serta harga sebuah komputer laptop agak mahal berbanding yang lain.

##CIP Pemprosesan (Processor/CPU)

Cip pemprosesan komputer atau juga dikenali sebagai “Processor/CPU” secara umumnya adalah Cip yang memproses segala arahan dalam sistem komputer. Semakin tinggi spesifikasi model Cip Pemprosesan ini semakin cepat arahan kompputer sistem dapat di proses. Tahap setiap model spesifikasi cip ini dinilai dengan Gigahertz dan jumlah Core pemprosesannya. Terdapat 2 pengeluar Cip Pemprosesan yang terbesar bagi pengguna komputer iaitu Intel dan AMD 

Kredit gambar – rockpapershotgun

##Memori (RAM)

Random Access Memory ataupun memori capaian rawak adalah salah satu kriteria penting dalam membuat pemilihan pembelian. RAM berfungsi sebagai penyimpan sementara data setelah data yang diproses oleh Cip Pemprosesan (CPU). Dengan erti kata lain ialah anda boleh menganggap ianya adalah sebuah keluasan sesuatu meja untuk meletak beberapa barangan yang anda sedang ingin gunakan. Semakin besar saiz meja anda semakin banyak anda boleh meletakkan pelbagai barangan misalnya buku dan bahan rujukan yang lain ketika anda belajar atau membuat ulangkaji. Sekiranya saiz RAM itu kecil ianya tidak dapat menampung kerja-kerja seperti membuka pelbagai tab pada aplikasi laman web contohnya Internet Explorer dan Google Chrome. Saiz RAM yang sesuai untuk kegunaan amatur dan biasa adalah disaran bermula dengan 4GB pada masa kini. Bergantung pada tujuan kerja anda. Sekiranya anda adalah pereka grafik/Video serta programmer komputer anda sekurang-kurangnya memerlukan sebanyak 16GB saiz RAM

 

##Saiz Hard Disk (Storage) 

Hard Disk adalah tempat dimana data dan fail disimpan didalam komputer. Pemilihan popular pada masa kini adalah jenis Solid State Drive (SSD). Ia memproses data lebih cepat berbanding daripada Hard Disk lama seperti IDE dan SATA. Namun harus diingat bahawa saiz hard SSD ini adalah mahal berbanding dengan jenis yang lama. Kebiasan bagi laptop yang baru kebanyakannya sudah tersedia dengan 250 gigabytes dan sekiranya anda ingin menyimpan data lebih banyak masih mempunyai pilihan untuk disimpan di “External Hard Disk” atau di Cloud.

##Unit Pemprosesan Grafik (GPU)  

Bagaimana pula dengan Kad Grafik? Secara asasnya setiap komputer dan laptop sudah mempunyai grafik yang kebanyakan didatangkan sekali bersama “Motherboard” bersama prosessor. Sekiranya anda adalah seorang pemain permainan video dan pereka dan penyunting video pemilihan jenis grafik kad adalah sangat penting. Kebanyakan Laptop yang berasaskan Intel Processor akan didatangkan bersama grafik kad Nvidia manakala AMD lebih dikenali dengan Radeon

 

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *