Berapa banyak penggunaan Data dan bandwidth YouTube

Youtube adalah laman web perkongsian video streaming dan juga sosial media yang dimiliki oleh Google. Video platform online ini sangat popular dan telah dilancarkan pada tahun 2005. Menonton Youtube adalah seperti anda menonton television kerana pelbagai kandungan dapat dicari dengan mudah. Namun harus diingat dengan penggunaan yang mudah sama ada di komputer serta telefon bimbit terutamanya anda harus sedar data serta bandwitdth untuk menggunakan platform ini sangat tinggi berbanding melayari laman web yang lain. Ini adalah kerana kandungan yang diakses merupakan video serta mempunyai saiz fail yang besar.

Sebagai contoh anda boleh membandingkan sekiranya ada 2 jenis fail didalam “Pendrive” atau “Hard Disk” komputer anda diantara fail dokumen Microsoft Word yang berasaskan teks dan satu fail video atau pun filem. Sudah pasti saiz fail video adalah besar berbanding dengan dokumen Microsoft Word. Secara umumnya fail video yang dikongsi dan di “upload” oleh pengguna Youtube akan disimpan di Server Youtube serta akan diakses oleh pengguna yang lain menggunakan internet. Penggunaan data internet dan bandwitdh tidak kira telefon bimbit ataupun komputer adalah berdasarkan saiz dan kualiti video tersebut. Semakin tinggi kualiti video akan membuatkan saiz fail lebih besar dan data serta bandwidth yang lebih tinggi digunakan.

Contoh yang lebih tepat jika video yang telah dimuatnaik itu sebanyak 200Mb, bagi pengguna Youtube yang lain sekiranya mereka ingin menonton video tersebut jumlah data yang akan digunakan adalah bergantung pada kualiti yang dipilih. Sekiranya kualiti video yang dipilih adalah 480 purata untuk satu-satu video 3 minit hingga 4 minit akan menggunakan data sebanyak 13MB – 15MB. Bagi penggunaan bandwidth internet pula anda memerlukan sekurang-kurangnya 1Mbps keatas untuk menonton video dengan kualiti Standard Definition (SD) 480p resolusi video tanpa gangguan.

Namun Youtube mempunyai teknologi dimana dapat mengesan dan mengetahui kelajuan internet semasa untuk setiap pengguna mereka. Jika capaian internet anda perlahan secara automatik kualiti video akan rendah terpapar pada screen anda. Anda masih boleh melilih secara manual untuk menonton kualiti lebih tinggi misal nya pada resolusi video 1080p tapi harus diingat anda perlu menunggu untuk beberapa ketika bagi membolehkan video tersebut ditonton sepenuhnya. Sekiranya capaian internet yang laju seperti 20Mbps keatas mungkin tiada masalah untuk terus menonton video dengan mudah.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

?>